Lengah kemasukan murid Tahun Satu usia enam tahun rugikan generasi muda – PM
27 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Tindakan melengahkan pelaksanaan dasar kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun akan merugikan generasi muda negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, data Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menunjukkan 137 negara atau lebih 71 peratus negara di dunia sudah melaksanakan dasar tersebut, sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya Malaysia belum cukup bersedia.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KPM #Tahunsatu
