
Peruntukan RM290 juta untuk program BAeK PTPTN, bantu pelajar miskin - Adam Adli
18 November 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Sebanyak RM290 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Biasiswa Anak eKasih Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (BAeK PTPTN) yang membolehkan pelajar daripada keluarga miskin dan miskin tegar mendapat pembiayaan pendidikan dalam bentuk biasiswa.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim berkata, inisiatif itu yang bermula tahun ini membolehkan pinjaman PTPTN yang diluluskan kepada pelajar layak ditukar kepada biasiswa sekali gus memastikan golongan berkenaan dapat melanjutkan pengajian tanpa dibebani hutang pinjaman pendidikan.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #ptptn
