Lelaki dituduh cuba bunuh anak kandung

KOTA BHARU - Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Isnin atas pertuduhan cuba membunuh anak kandungnya berusia tiga tahun, awal bulan ini.
Mohamad Hairei Huzairiey Hazmi, 23, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan cubaan bunuh sehingga ingin menyebabkan kecederaan kepada anaknya Nur Helana Haura pada kira-kira jam 7 pagi, 14 Januari lepas di sebuah rumah di Jalan Pak Mayong berhampiran Pangkalan Maritim Tok Balik, Pasir Puteh.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin.
Siti Hajar tidak menawarkan sebarang jaminan namun peguam bela memohon jaminan dengan alasan anak guamnya akan tinggal bersama kakaknya di Kemaman, Terengganu serta tidak mempunyai rekod psikiatri dan jenayah.
Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan 25 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Ringkasan AI
- Seorang bapa didakwa cuba membunuh anak kandungnya berusia tiga tahun di Kota Bharu
- Mohamad Hairei Huzairiey Hazmi, 23, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah
- Kejadian didakwa berlaku kira-kira jam 7 pagi, 14 Januari lepas di Jalan Pak Mayong, Pasir Puteh
- Pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun
- Tidak diberikan jaminan, tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 25 Februari
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
