X

Kindly register in order to view this article
!

DBKL pindah 213 gelandangan ke penempatan sementara

Antara gelandangan yang dipindahkan dalam operasi. -Foto: Ihsan DBKL
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 213 orang gelandangan dipindahkan ke penempatan sementara di pusat-pusat komuniti sekitar Kuala Lumpur menerusi Operasi Pengumpulan Gelandangan semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 195 merupakan warga Malaysia manakala selebihnya adalah warga asing.

Menerusi kemas kini di laman Facebook rasminya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, semua gelandangan telah disaring dan dibawa ke pusat penempatan sementara di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Pusat Komuniti Setiawangsa dan Pusat Komuniti Alam Damai.

"Operasi itu melibatkan seramai 57 anggota daripada pelbagai agensi antaranya DBKL, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di beberapa kawasan tumpuan gelandangan seperti di Jalan Tun Perak, Jalan Silang, Jalan Sultan dan Jalan Tun Tan Siew Sin," katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 14 April dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Berikutan itu, DBKL mengambil inisiatif untuk memindahkan semua gelandangan ke penempatan sementara sehingga tempoh PKP berakhir.

Dalam pada itu, DBKL berkata, operasi bersepadu seperti itu akan dijalankan dari masa ke semasa selepas ini bagi memerangi wabak koronavirus (Covid-19) dalam kalangan gelandangan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus