Cuaca panas dan kering dijangka berlarutan hingga 31 Januari - MetMalaysia

Keadaan cuaca panas dan kering dijangka terus melanda sebahagian besar kawasan di Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri-negeri utara, sehingga 31 Januari ini.
Keadaan cuaca panas dan kering dijangka terus melanda sebahagian besar kawasan di Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri-negeri utara, sehingga 31 Januari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Keadaan cuaca panas dan kering dijangka terus melanda sebahagian besar kawasan di Semenanjung Malaysia, khususnya di negeri-negeri utara, sehingga 31 Januari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan penelitian terhadap beberapa model ramalan cuaca yang sedang digunakan oleh pihaknya.

Katanya, analisis model ramalan cuaca menunjukkan suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 34 darjah Celsius dalam tempoh berkenaan.

Menurut beliau, dalam tempoh sama, sistem penumpuan angin dijangka mula terbentuk di Sabah, Labuan dan Sarawak bermula 29 Januari hingga 31 Januari.

“Fenomena ini berpotensi mencetuskan ribut petir yang disertai hujan lebat dan berpanjangan di kawasan-kawasan terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi METMalaysia, saluran media sosial jabatan berkenaan serta aplikasi myCuaca bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat dan sahih.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Keadaan cuaca panas dan kering dijangka melanda Semenanjung Malaysia hingga 31 Januari
  • Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia mengumumkan berdasarkan model ramalan cuaca
  • Sistem penumpuan angin akan terbentuk di Sabah, Labuan, dan Sarawak dari 29 hingga 31 Januari
  • Fenomena ini berpotensi mencetuskan ribut petir dengan hujan lebat di kawasan-kawasan tersebut
  • Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini dari laman web rasmi METMalaysia dan aplikasi myCuaca

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!