MHIT bukti keberanian reformasi kerajaan - Tze Tzin

Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang bakal dilaksanakan tahun hadapan menjadi bukti kesungguhan kerajaan membela kebajikan rakyat. Gambar kecil: Tze Tzin
Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang bakal dilaksanakan tahun hadapan menjadi bukti kesungguhan kerajaan membela kebajikan rakyat. Gambar kecil: Tze Tzin
A
A
A

SHAH ALAM – Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) yang bakal dilaksanakan tahun hadapan menjadi bukti kesungguhan kerajaan membela kebajikan rakyat, khususnya dalam menangani isu kenaikan mendadak premium insurans dan caj hospital swasta.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, kenaikan premium insurans dan caj hospital swasta sejak September 2024 merupakan masalah serius yang merentas kaum, agama serta latar belakang selain memberi kesan kepada golongan majikan yang menyediakan perlindungan insurans kepada kakitangan.

"Kenaikan premium yang terlalu tinggi mengakibatkan ramai pemegang polisi terpaksa menghentikan perlindungan masing-masing, sekali gus meningkatkan beban kepada hospital kerajaan.

"Dengan iltizam politik, kerajaan sebenarnya mampu membetulkan pasaran dan mereformasikan industri insurans.

"Bukan semua kerajaan mempunyai iltizam dan keberanian melakukan reformasi terhadap isu rumit melibatkan syarikat-syarikat gergasi yang kebanyakannya dari negara asing," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan, pelan kesihatan mampu milik antara empat inisiatif yang akan dilaksanakan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri (JBPM) bagi menangani kos penjagaan kesihatan swasta yang semakin meningkat.

Beliau menjelaskan, inisatif tersebut merupakan sebahagian daripada strategi RESET iaitu usaha kolaboratif antara Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Bank Negara Malaysia (BNM), ahli akademik dan pihak berkepentingan utama daripada sektor swasta untuk menangani inflasi tuntutan perubatan.

Dalam pada itu, Tze Tzin yang juga Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menjelaskan, isu kenaikan premium insurans mula mendapat perhatiannya pada 2024 apabila kenaikan sehingga 78 peratus dilaporkan media secara meluas.

Walaupun ketika itu hanya bergelar Ahli Parlimen biasa, beliau berkata, keputusan diambil untuk mengkaji isu tersebut secara mendalam, berjumpa dengan pemain industri serta melancarkan kempen kesedaran bagi memperjuangkan kepentingan rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Saya buat semua ini kerana ingin memperjuangkan satu isu penting untuk kesihatan dan kewangan rakyat.

"Ini adalah satu kejayaan yang mana ahli Parlimen dan Kerajaan Madani berani melakukan reformasi demi rakyat," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) akan dilaksanakan tahun hadapan
  • Kenaikan premium insurans dan caj hospital swasta adalah masalah serius yang merentasi kaum
  • Kerajaan beriltizam untuk mereformasikan industri insurans
  • Inisiatif pelan kesihatan mampu milik merupakan sebahagian daripada strategi RESET
  • Isu kenaikan premium insurans mendapat perhatian pada 2024 dengan kenaikan sehingga 78 peratus

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!