Impian Letshanaa ke final Masters Indonesia berkecai

Letshanaa kandas di separuh akhir Masters Indonesia pada Sabtu. Foto Agensi
Letshanaa kandas di separuh akhir Masters Indonesia pada Sabtu. Foto Agensi
A
A
A

HASRAT perseorangan wanita negara, K Letshanaa untuk mencipta sejarah beraksi di pentas final Jelajah Dunia Super 500 tidak kesampaian apabila tumpas pada peringkat separuh akhir Masters Indonesia di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.

Letshanaa terpaksa akur dengan kehebatan pemain Thailand, Pithamon Opatniputh yang juga bekas juara dunia remaja 2023.

Pithamon berjaya menyekat momentum positif wakil negara itu menerusi kemenangan straight set 21-15, 21-17 dalam tempoh 41 minit.

Kekalahan tersebut menjadi pertemuan sulung antara kedua-dua pemain di pentas Jelajah Dunia BWF, sekali gus menyaksikan Letshanaa tewas buat kali pertama kepada lawannya itu.

Walaupun gagal melangkah ke perlawanan akhir, pemain berusia 22 tahun itu tetap boleh berbangga apabila melakar pencapaian terbaik dalam kariernya dengan mara ke separuh akhir kejohanan Jelajah Dunia BWF bertaraf Super 500 buat kali pertama.

Pada aksi suku akhir pada Jumaat, Letshanaa yang menghuni ranking ke-42 dunia menundukkan wakil Taiwan, Huang Yu-Hsun, 21-17, 21-18 dalam masa 40 minit untuk mengesahkan tempat ke kelompok empat terbaik.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • HASRAT K Letshanaa untuk mencipta sejarah di pentas final Jelajah Dunia Super 500 tidak tercapai apabila tewas pada peringkat separuh akhir Masters Indonesia
  • Letshanaa akur dengan kehebatan pemain Thailand, Pithamon Opatniputh, bekas juara dunia remaja 2023
  • Pithamon menang straight set 21-15, 21-17 dalam tempoh 41 minit
  • Pertemuan sulung kedua pemain di pentas Jelajah Dunia BWF, Letshanaa kalah buat kali pertama kepada Pithamon
  • Walaupun gagal ke final, Letshanaa berbangga mara ke separuh akhir kejohanan Super 500 buat kali pertama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!