Kapal berdaftar Singapura tenggelam di Laut China Selatan, dua kru maut

Pasukan penyelamat sedang mengesan mangsa.
Pasukan penyelamat sedang mengesan mangsa.
A
A
A

SINGAPURA - Sebuah kapal pengangkut pukal berdaftar Singapura, Devon Bay, dilaporkan tenggelam di Laut China Selatan ketika dalam pelayaran menuju ke Yangjiang, China pada Jumaat.

Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kesemua kru telah meninggalkan kapal berkenaan dan operasi mencari serta menyelamat masih sedang dijalankan.

Menurut MPA, setakat ini 17 daripada 21 kru kapal telah berjaya ditemui, namun dua daripada mereka disahkan meninggal dunia, manakala empat kru lagi masih belum dapat dikesan.

“Tiada warga Singapura berada di atas kapal tersebut,” menurut kenyataan itu.

MPA berkata, pihaknya sedang berhubung rapat dengan pemilik kapal serta pihak berkuasa mencari dan menyelamat yang berkaitan bagi memberikan sokongan yang diperlukan.

Tambahnya, satu siasatan akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut.

“Maklumat lanjut akan dimaklumkan apabila maklumat tambahan diperoleh,” katanya.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kapal pengangkut pukal Devon Bay berdaftar Singapura tenggelam di Laut China Selatan
  • Semua kru meninggalkan kapal, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan
  • Seventeen dari dua puluh satu kru berjaya ditemui, dua disahkan meninggal
  • Tiada warga Singapura di atas kapal tersebut
  • Siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!