Polis tahan lelaki terlibat serangan bersenjata

No Image Caption
A
A
A

ALOR SETAR- Polis menahan seorang lelaki di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, semalam kerana disyaki terbabit dalam serangan bersenjata yang mengakibatkan seorang lelaki cedera.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam kejadian 6 pagi semalam, mangsa yang juga seorang pesara askar berusia 52 tahun ketika itu sedang berjalan di hadapan kedai makan milik suspek di kawasan Labu Besar, Kulim.

"Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan melalui kawasan tersebut secara tiba-tiba telah diserang sebelum dipukul menggunakan sebatang kayu panjang oleh suspek sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri dan mata kiri.

"Mangsa yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Kulim dan membuat laporan polis pada pukul 2.21 petang dan susulan itu, polis berjaya menahan suspek yang berasal dari Taman Kenari, Kulim pada pukul 11.30 malam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Nasir berkata siasatan juga mendapati suspek yang berusia 58 tahun mengaku menyerang mangsa dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.- Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!