Jojo lawan 'bidan terjun' di ONE Friday Fights 141

BINTANG muda ONE Championship negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar bakal berdepan cabaran baharu apabila dijadualkan menentang petarung Myanmar, Ye Yint Naung di pentas ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand pada 6 Februari ini.
Perlawanan Muay Thai kelas flyweight itu diatur selepas lawan asalnya, Sean Climaco terpaksa menarik diri akibat kecederaan kaki.
Johan, 19, sebelum ini sepatutnya beraksi pada ONE Fight Night 39 pada 24 Januari lalu, namun pertarungan berdepan Climaco dibatalkan susulan kecederaan dialami petarung Filipina-Amerika berkenaan.
Dalam penampilan terakhir pada ONE Fight Night 35, September lalu, Johan meraih kemenangan technical knockout (TKO) pusingan pertama ke atas petarung Maghribi, Zakaria El Jamari.
Kemenangan tersebut sekali gus mengembalikan keyakinannya selepas dua kekalahan berturut-turut sejak menandatangani kontrak rasmi bernilai kira-kira RM400,000.
Dengan momentum positif di tangan, Johan dijangka mampu meneruskan rentak kemenangan ke atas Yint Naung yang bakal membuat penampilan sulung di pentas ONE Championship.
Johan memulakan langkah dalam ONE Championship pada 24 Februari 2023 dengan penuh bergaya apabila hanya memerlukan 16 saat untuk menewaskan wakil Thailand, Padetsuk Fairtex menerusi kemenangan KO.
Untuk rekod, Johan yang mewakili Rentap Muay Thai Gym kini mengumpul tujuh kemenangan daripada 10 pertarungan di pentas ONE Championship.
Ringkasan AI
- BINTANG muda ONE Championship negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar bakal menentang petarung Myanmar, Ye Yint Naung
- Perlawanan Muay Thai kelas flyweight ini diatur selepas lawan asalnya, Sean Climaco menarik diri karena kecederaan
- Johan, 19, meraih kemenangan TKO pusingan pertama ke atas petarung Maghribi, Zakaria El Jamari dalam penampilan terakhir
- Kemenangan itu mengembalikan keyakinan Johan selepas dua kekalahan berturut-turut
- Johan memulakan langkah dalam ONE Championship dengan kemenangan KO dalam 16 saat terhadap Padetsuk Fairtex
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

