FIFA bebaskan KRW FC dari sekatan pemain

Muhamad Zaki (kiri) bersama Ketua Jurulatih KRW FC, Irfan Bakti Abu Salim.
Muhamad Zaki (kiri) bersama Ketua Jurulatih KRW FC, Irfan Bakti Abu Salim.
A
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membebaskan Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warrior (KRW FC) dari sekatan pemain secara penuh.

Presiden KRW FC, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, surat pengesahan berhubung penarikan balik sekatan perpindahan pemain yang dikenakan 19 Disember lalu itu diterima pada Khamis.

"FIFA dalam surat tersebut menjelaskan bahawa pertanyaan kepada pihak Pol Corpas Cuatrecasa berkenaan kes tuntutan tidak dijawab menyebabkan prosiding semasa berkaitan dengan KRW FC telah ditutup dan larangan pendaftaran pemain baharu telah ditarik balik secara kekal," katanya pada Jumaat.

Menurut beliau, isu tersebut tidak sepatutnya dihalakan kepada KRW FC kerana sebagai sebuah kelab yang tidak terkait dengan permasalahan seperti dilaporkan.

Katanya, situasi itu telah menyebabkan banyak urusan KRW FC seperti pendaftaran pemain telah tergendala.

Muhamad Zaki memberitahu, pengesahan ini membolehkan pihak kelab membuat pendaftaran pemain baharu bagi menghadapi baki saingan musim 2025/26.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, sekatan perpindahan pemain yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) terhadap KRW FC sejak 19 Disember lalu memberi kesan langsung kepada perancangan pasukan bagi menghadapi saingan musim ini, khususnya melibatkan urusan pendaftaran pemain baharu.

Pengurusan kelab Liga A1 Semi-Pro itu dalam satu kenyataan media menjelaskan, sekatan tersebut berpunca daripada laporan bekas jurulatih Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas selain wujud cubaan mengaitkan kelab pantai timur tersebut dengan entiti kelab terdahulu sehingga mencetuskan tuntutan yang membawa kepada hukuman berkenaan oleh FIFA.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • FIFA membebaskan Kelab Bola Sepak Kelantan Red Warrior dari sekatan pemain secara penuh
  • Presiden KRW FC, Datuk Muhamad Zaki Harun menerima surat pengesahan penarikan balik sekatan perpindahan pemain
  • Sekatan ditarik balik kerana pertanyaan kepada pihak Pol Corpas Cuatrecasa tidak dijawab menyebabkan prosiding berkaitan KRW FC ditutup
  • Pengesahan ini membolehkan pihak kelab membuat pendaftaran pemain baharu
  • Sekatan FIFA terhadap KRW FC sebelum ini memberi kesan kepada perancangan musim ini, terutamanya dalam urusan pendaftaran pemain baharu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!