Terbuka Korea 2025: Jun Hao, Jin Wei terkandas pusingan pertama

PEMAIN badminton perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao dan perseorangan wanita, Goh Jin Wei terkandas pada pusingan pertama Terbuka Korea 2025 di Suwon Gymnasium, Suwon pada Rabu.
Jun Hao tewas kepada perseorangan Indonesia, Alwi Farhan 19-21, 24-26 dalam pertemuan sulung mereka.
Sementara Jin Wei ditundukkan 7-21, 15-21 oleh wakil tuan rumah, Kim Ga Eun selepas 32 minit permainan.
Ini merupakan kekalahan kelima Jin Wei daripada enam pertembungannya dengan pemain nombor 19 dunia itu.
Dalam pada itu, perseorangan lelaki negara, Justin Hoh akan bertemu pilihan utama, Anders Antonsen dari Denmark pada pusingan kedua esok selepas menewaskan pemain China Wang Zheng Xing 21-6, 21-19.
Bagaimanapun, beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King tewas kepada pasangan Korea Selatan, Jin Yong-Na Sung Seung 18-21, 16-21, manakala perseorangan wanita, K Letshanaa turut dikecewakan pemain kesayangan tuan rumah yang mengungguli ranking dunia An Se Young 14-21, 9-21. - Bernama
Ringkasan AI
- Pemain badminton Malaysia, Leong Jun Hao dan Goh Jin Wei terkandas di pusingan pertama Terbuka Korea 2025
- Leong Jun Hao kalah kepada pemain Indonesia, Alwi Farhan
- Goh Jin Wei tewas kepada pemain tuan rumah, Kim Ga Eun
- Jin Wei mengalami kekalahan kelima daripada enam pertemuan dengan Kim Ga Eun
- Perlawanan berlangsung di Suwon Gymnasium, Suwon
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
