Penduduk loya bau busuk air hitam dari kandang babi
22 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Air berwarna hitam pekat dan berbau busuk dikesan mengalir dari kawasan kandang babi ke parit utama di Kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat, Kuala Langat sekali gus menimbulkan kebimbangan penduduk terhadap tahap pencemaran alam sekitar di kawasan berkenaan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati sisa cecair atau efluen dari ladang babi itu dilepaskan melalui paip bersaiz besar sebelum bertakung di sebuah kawasan pembuangan yang menyerupai kolam kumbahan tidak terurus.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KandangBabi #pencemaran #TanjungSepat
