Zii Jia temui rentak kemenangan

Aksi Zii Jia ketika menentang pemain Korea Selatan, Jin Hyeok Jeon semasa Kejohanan Dunia di Paris, Perancis pada Ogos lalu. Foto: AFP
Aksi Zii Jia ketika menentang pemain Korea Selatan, Jin Hyeok Jeon semasa Kejohanan Dunia di Paris, Perancis pada Ogos lalu. Foto: AFP
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia akhirnya menemui rentak kemenangan apabila berjaya melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Indonesia di Istora Senayan, pada Rabu.

Zii Jia yang kini berada di ranking ke-119 dunia bangkit mempamerkan prestasi meyakinkan untuk menumbangkan pemain ranking ke-38 dunia dari India, HS Prannoy dengan keputusan straight set 21-19, 21-11.

Kejayaan ini hadir tepat pada masanya buat pemain kelahiran Kedah itu yang sebelum ini bergelut dengan prestasi tidak menentu selepas kembali daripada rehat panjang akibat kecederaan belakang.

Zii Jia dilihat terdesak memburu kemenangan selepas mengalami nasib malang tersingkir seawal pusingan pertama dalam dua kejohanan terdahulu, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka India minggu lalu.

Kemenangan ke atas Prannoy menjadi titik tolak kebangkitan Zii Jia untuk melangkah lebih jauh sekali gus menamatkan penantian panjangnya untuk kembali bergelar juara dan terus memperbaiki ranking dunia.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menemui rentak kemenangan di Kejohanan Badminton Masters Indonesia
  • Zii Jia menewaskan pemain ranking ke-38 dunia dari India, HS Prannoy dengan keputusan straight set 21-19, 21-11
  • Kejayaan ini penting bagi Zii Jia yang sebelum ini mengalami prestasi tidak menentu akibat kecederaan belakang
  • Dia berusaha mencari kemenangan selepas tersingkir di pusingan pertama dalam dua kejohanan terdahulu
  • Kemenangan ini mungkin menjadi titik tolak bagi Zii Jia untuk memperbaiki ranking dunia dan kembali bergelar juara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!