Hanya murid lepasi ujian diagnostik khas layak masuk Tahun 1 umur 6 tahun - Fadhlina
21 Januari 2026 | Berita Semasa Video
A
A
A
Murid berusia enam tahun hanya layak memasuki Tahun 1 pada 2027 sekiranya berjaya melepasi ujian diagnostik khas yang bakal diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz wan Mansor.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, langkah tersebut selaras dengan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi memberi fleksibiliti kepada ibu bapa dalam menentukan laluan pendidikan awal anak-anak.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ujiandiagnostik #darjah1umur6tahun #KPM #FadhlinaSidek
