Negeri Sembilan sedia usul semula had tempoh jawatan MB dua penggal

Aminuddin
Aminuddin
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan bersedia membawa semula usul mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal selaras dengan rang undang-undang (RUU) had tempoh jawatan Perdana Menteri (PM) yang akan dibentangkan nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, perkara berkenaan pernah dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 2021, namun ditolak.

" Jadi kita boleh bawa RUU itu semula ke sidang DUN akan datang. Saya pun tiada masalah

"Sebelum ini ditolak kerana tak cukup undi disebabkan tidak mendapat sokongan daripada wakil rakyat Barisan Nasional(BN)," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan EXCO di Wisma Negeri, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar kepada dua penggal.

Pada persidangan DUN awal Disember 2021, pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 bagi Perkara 38 berkaitan mengehadkan tempoh jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan kepada dua penggal tidak diluluskan apabila tidak mendapat sokongan dua pertiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Hanya 19 ADUN bersetuju, 13 tidak bersetuju manakala empat ADUN tidak hadir sesi pengundian.

Sebelum ini Exco Kanan yang juga Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dilaporkan berkata, pihaknya bersetuju sekiranya tempoh perkhidmatan MB turut dihadkan tidak melebihi 10 tahun.

Beliau berkata, cadangan itu perlu dipertimbangkan di peringkat negeri kerana mampu mewujudkan urus tadbir yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

"Saya setuju pendekatan ini dilaksanakan di Negeri Sembilan, bukannya mempunyai niat yang terselindung, tetapi untuk kepentingan negeri dan rakyat.

“Bagi saya, ini merupakan satu pendekatan yang boleh ada penambahbaikan nilai dalam semua aspek termasuk urus tadbir, pembangunan dan ekonomi negeri,” katanya.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!