Perpustakaan Negara lancar pusat imersif, perkasa literasi digital

Edy Irwan (dua dari kiri) menyantuni pengunjung ketika majlis Pembukaan Pusat Pembelajaran Imersif di PNM.
Edy Irwan (dua dari kiri) menyantuni pengunjung ketika majlis Pembukaan Pusat Pembelajaran Imersif di PNM.
A
A
A

SHAH ALAM  - Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) merasmikan Pusat Pembelajaran Imersif sebagai usaha memperluas akses kepada sumber maklumat digital serta menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam kalangan masyarakat.

PNM dalam kenyataan memaklumkan, penggunaan teknologi dilihat sebagai medium penting bagi memperkukuh perpaduan masyarakat menerusi pelaksanaan program literasi digital yang lebih komprehensif.

Menurut kenyataan itu, Pusat Pembelajaran Imersif merupakan inisiatif strategik yang memanfaatkan teknologi terkini termasuk Realiti Maya (VR), Realiti Terimbuh (AR), Metasemesta (metaverse), hologram, Avatar Pustakawan, skrin LED melengkung, panel interaktif, Robozone serta AR Photobooth.

“Inisiatif ini bertujuan memperkaya pengalaman pembelajaran digital kepada pengguna selain memperkukuh peranan PNM sebagai peneraju institusi perpustakaan yang moden dan progresif di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Pusat Pembelajaran Imersif adalah projek di bawah Kementerian Perpaduan Negara (KPN) yang disenaraikan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 Rolling Plan 5 serta merupakan sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2025 di bawah Pendigitalan Khazanah Warisan Negara.

Projek itu bermula pada 15 Mac 2025 dan siap sepenuhnya pada 28 November 2025.

Majlis Pembukaan Pusat Pembelajaran Imersif di PNM disempurnakan oleh Ketua Pengarah PNM, Edy Irwan Zulkafli, pada Rabu.

Menurut kenyataan itu lagi, PNM akan terus memperluas penggunaan teknologi moden dalam setiap perkhidmatan perpustakaannya.

"Inisiatif ini bukan sahaja menyokong pembangunan modal insan, malah turut mengukuhkan perpaduan nasional.

Artikel Berkaitan:

"Ia dilaksanakan menerusi penyediaan peluang pembelajaran yang inklusif dan bersepadu, berasaskan teknologi kepada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang atau tahap pendidikan," ujarnya

Ringkasan AI

  • Perpustakaan Negara Malaysia merasmikan Pusat Pembelajaran Imersif untuk memperluas akses informasi digital dan penggunaan teknologi moden
  • Pusat ini menggunakan teknologi canggih seperti Realiti Maya, Realiti Terimbuh, Metasemesta, dan lain-lain untuk memperkaya pengalaman pembelajaran digital
  • Projek Pusat Pembelajaran Imersif adalah sebahagian dari Rancangan Malaysia Ke-12 dan inisiatif Belanjawan 2025
  • Majlis pembukaan diadakan pada Rabu dan disempurnakan oleh Ketua Pengarah PNM, Edy Irwan Zulkafli
  • PNM berhasrat mengukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan modal insan melalui teknologi dan peluang pembelajaran yang inklusif

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!