Naib Canselor kolej didakwa tipu lantikan ketua perunding

Jayakumar (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
Jayakumar (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Seorang Naib Canselor sebuah kolej universiti swasta di daerah Melaka Tengah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Rabu atas pertuduhan memperdayakan pihak universiti berhubung pelantikan ketua perunding akademik lima tahun lalu.

Tertuduh, Prof Dr G Jayakumar, 64, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan sejurus pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu merupakan pensyarah kanan didakwa telah memperdayakan Naib Canselor kolej universiti berkenaan untuk melantik seorang pensyarah sebagai Ketua Perunding Program Kurikulum dan Pembangunan Akademik.

Perbuatan itu didakwa berlaku pada 3 Mei 2021 di pejabat kolej dengan bayaran sebanyak RM20,000 bagi membangunkan modul Program Terapi Pekerjaan, sedangkan tertuduh mengetahui pelantikan tersebut melanggar kontrak kerja pensyarah berkenaan.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa’ari, menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka sebulan sekali.

Menurut beliau, jumlah jaminan tersebut adalah munasabah bagi memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Sementara itu, peguam Azrul Zulkifli Stork yang mewakili tertuduh tidak membantah syarat jaminan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan dan menetapkan 9 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Seorang Naib Canselor kolej universiti swasta di Melaka Tengah didakwa melakukan penipuan lima tahun lalu
  • Tertuduh, Prof Dr G Jayakumar, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdayakan pihak universiti
  • Dia didakwa memperdayakan untuk melantik seorang pensyarah sebagai Ketua Perunding Program Akademik dengan bayaran RM20,000
  • Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau denda
  • Jaminan RM20,000 ditawarkan dengan syarat tertuduh melapor diri bulanan di pejabat SPRM Melaka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!