Beruang matahari jantan mati dirempuh kereta

Keadaan sebuah kenderaan yang rosak dipercayai terlibat dalam kemalangan dengan seekor beruang pada malam Isnin.
Keadaan sebuah kenderaan yang rosak dipercayai terlibat dalam kemalangan dengan seekor beruang pada malam Isnin.
A
A
A

DUNGUN – Seekor beruang matahari jantan ditemui mati selepas dipercayai dilanggar sebuah kenderaan di Jalan Bukit Besi–Dungun berhampiran Kampung Paya Kemudi di sini pada malam Isnin.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu sekitar jam 8 malam sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi tersebut.

Menurutnya, haiwan liar berkenaan yang dianggarkan seberat kira-kira 90 kilogram dipercayai sedang melintas jalan ketika kejadian.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kecederaan serius pada tubuh beruang tersebut termasuk di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Beliau berkata, empat anggota Perhilitan telah mengambil bangkai beruang berkenaan untuk tindakan pelupusan mengikut prosedur ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seekor beruang matahari jantan mati dipercayai dilanggar kenderaan di Jalan Bukit Besi-Dungun
  • Perhilitan Terengganu menerima laporan kejadian itu pada malam Isnin
  • Beruang itu berat kira-kira 90 kilogram dan sedang melintas jalan ketika kejadian
  • Terdapat kecederaan serius pada tubuhnya termasuk di bahagian kepala
  • Empat anggota Perhilitan telah mengambil bangkai beruang untuk tindakan pelupusan mengikut prosedur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!