Pelajar cedera disondol babi ketika pulang ke kampus

ALOR GAJAH - Seorang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh, Johor berdepan detik cemas selepas motosikal ditunggangi disondol babi dalam kejadian di Padang Keladi di sini pada Ahad.
Mangsa berusia 19 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke kampus dari rumahnya di Kampung Pulau, Durian Tunggal.
Kejadian itu menyebabkan mangsa berusia 19 tahun mengalami cedera di bahagian mulut termasuk patah gigi dan gusi rosak.
Abang ipar mangsa menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, mangsa kini menerima rawatan di Hospital Melaka dan masih mengalami trauma akibat kejadian itu.
“Kejadian berlaku pada malam Ahad ketika adik ipar dalam perjalanan pulang ke kampus dari rumah keluarga.
“Lokasi kejadian di hadapan kawasan Go Kart Padang Keladi yang difahamkan sudah beberapa kali berlaku kemalangan kerana gelap dan tidak mempunyai lampu jalan,” katanya.
Beliau berharap pihak berwajib mengambil perhatian serius terhadap isu berkenaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar memaklumkan mangsa belum tampil membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka, Petra Sulai ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya akan menyiasat kejadian itu.
Ringkasan AI
- Pelajar UTHM ditunggangi motosikal disondol babi di Alor Gajah
- Mangsa berumur 19 tahun dalam perjalanan pulang ke kampus
- Mengalami cedera di mulut termasuk patah gigi dan gusi rosak
- Menerima rawatan di Hospital Melaka dan mengalami trauma
- Kejadian berlaku di kawasan gelap tanpa lampu jalan depan Go Kart Padang Keladi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

