Tiada jalan ditutup di Penampang, Sabah ketika PKP

Petugas Jabatan Kesihatan membuat saringan kesihatan. -Foto Bernama
Petugas Jabatan Kesihatan membuat saringan kesihatan. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menafikan beberapa maklumat palsu yang tersebar di media sosial mengaitkan penutupan beberapa jalan di daerah Penampang, Sabah.

Melalui kenyataan media dikeluarkan Pasukan Respon Pantas kementerian tersebut, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah menafikan dakwaan tersebut.

"IPD Penampang, Sabah menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah mengeluarkan notis penutupan jalan meliputi beberapa kawasan di sekitar Kampung Pasir Putih, Perumahan Taman Pasir Putih dan Taman Teluk Villa bermula jam 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan," kata kenyataan itu malam ini.

Selain itu, kenyataan tersebut turut memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan bahawa mulai 1 April ini orang ramai tidak dibenarkan keluar dari kediaman selama dua minggu.

Dalam kenyataan yang sama, pihak Universiti Malaya turut menafikan dakwaan bahawa merokok berpotensi merawat Covid-19 kerana bau nikotin boleh membunuh virus di bahagian tangan dan saluran pernafasan.

Artikel Berkaitan: