Lelaki curang dengan isteri orang kantoi sembunyi atas siling

SAMPANG - Seorang lelaki yang menjalinkan hubungan terlarang dengan isteri orang berdepan padah setelah dia ditangkap penduduk setempat.
Perbuatan AA, 30, terbongkar setelah seorang penduduk curiga dengan penemuan sebuah motosikal yang disembunyikan di kawasan semak di Dusun Murtapa, Desa Gersempal, Kecamatan Omben, Kabupaten Sampang, Madura, Indonesia pada awal pagi Ahad.
Individu itu bersama jiran tetangga yang lain bertindak melakukan pemeriksaan di kawasan sekitar dan terlihat sebuah rumah dalam keadaan meragukan.
Mereka nekad menyerbu rumah itu dan menemui seorang lelaki yang bersembunyi di atas siling sebuah bilik.
Siasatan awal mendapati individu itu mahu bertemu dengan SH, 27, isteri kepada pemilik rumah tersebut.
Kasi Humas Polres Sampang AKP Eko Puji Waluyo berkata, suami wanita itu dikenali sebagai M, 30, sudah membuat laporan polis.
"Isterinya turut dinamakan sebagai pelaku. SH bertindak melarikan diri ketika rumahnya digeledah jiran tetangga," ujarnya lagi.
AA kini ditahan di Polres Sampang untuk membantu siasatan. - Agensi
Ringkasan AI
- Seorang lelaki di Sampang menjalinkan hubungan terlarang dengan isteri orang ditangkap penduduk setempat
- Perbuatan terbongkar setelah penduduk curiga terhadap sebuah motosikal tersembunyi
- Penduduk dan jiran melakukan pemeriksaan menyebabkan penemuan lelaki bersembunyi di atas siling
- Individu terlibat mahu bertemu dengan isteri pemilik rumah
- Lelaki dan isteri pemilik rumah kini ditahan untuk siasatan polis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

