Wanita lapor polis ada cili dalam hidangan dipesan

Seorang wanita membuat laporan polis selepas makanan yang dibelinya mengandungi cili meskipun sudah minta tidak pedas.
Seorang wanita membuat laporan polis selepas makanan yang dibelinya mengandungi cili meskipun sudah minta tidak pedas.
A
A
A

SINGAPURA – Seorang wanita bertindak membuat laporan polis selepas mendapati hidangan yang dibelinya mengandungi cili meskipun telah meminta masakan tidak pedas semasa membuat pesanan.

Menurut laporan portal berita Stomp, wanita dikenali sebagai Carol itu membeli mihun wantan ladu udang dari sebuah gerai di Serangoon North Avenue 1 pada 13 Januari lalu.

Namun setibanya di rumah, dia terkejut kerana mendapati makanan tersebut penuh dengan cili yang sangat pedas.

"Saya buka makanan dan cili tu memang banyak.

"Saya sangat marah sebab sudah pesan hidangan tanpa cili," katanya sambil menyifatkan pengalaman itu sebagai sangat buruk.

Tidak berpuas hati, Carol kembali ke gerai itu dengan menaiki bas, namun gerai tersebut sudah ditutup dan penjual tiada di kawasan itu.

Berang dengan situasi itu, dia bertindak membuat laporan polis di balai polis di Serangoon North Avenue 1. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita membuat laporan polis selepas makanan yang dibelinya mengandungi cili meskipun sudah minta tidak pedas
  • Wanita tersebut, dikenali sebagai Carol, membeli mihun wantan ladu udang di Serangoon North Avenue 1
  • Dia terkejut mendapati makanannya penuh dengan cili yang sangat pedas setibanya di rumah
  • Carol sangat marah kerana sudah pesan hidangan tanpa cili
  • Dia kembali ke gerai untuk mengadu tapi mendapati gerai sudah tutup dan membuat laporan polis di Serangoon North Avenue 1

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!