SKMM nafi panggilan telefon dirakam

Keterangan gambar - Kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
Keterangan gambar - Kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia menafikan beberapa maklumat palsu yang tersebar mengaitkan panggilan telefon, perbualan media sosial dan nombor IMEI dirakam serta dipantau pihak berkuasa.

Melalui kenyataan media dikeluarkan Pasukan Respon Pantas kementerian tersebut, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan dakwaan itu dan menjelaskan ia adalah mesej palsu yang dikitar semula sejak tahun 2015 dan diolah dalam pelbagai versi.

Selain itu, dalam kenyataan tersebut memaklumkan, Ibu Pejabat Polis Daerah Raub menafikan pemasangan garisan polis di Kampung Sempalit bukan atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Ketua Polis Daerah Raub, Pahang menjelaskan pemasangan garisan polis di Kampung Sempalit, Raub bukan atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan tetapi lebih kepada penugasan lokasi Sekatan Jalanraya (SJR) dan 'snap roadblock'.

"Ia untuk memaksimumkan pemantauan serta pergerakan orang ramai yang merangkumi keseluruhan kawasan pentadbiran dalam Ibu Pejabat Polis Raub sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," menurut kenyataan itu lagi.

Pada masa sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan sama turut menafikan dakwaan bahawa orang ramai perlu menghubungi talian bebas tol suruhanjaya berkenaan sekiranya mereka tidak menerima agihan bantuan khas Covid-19 diumumkan kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: