Malam Budaya Emas Sri Semantan tawar hadiah barang kemas

Mohd Fadzil menunjukkan poster yang diedarkan bagi memeriahkan lagi program malam budaya berlangsung di Dataran Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.
Mohd Fadzil menunjukkan poster yang diedarkan bagi memeriahkan lagi program malam budaya berlangsung di Dataran Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Malam Budaya Emas Sri Semantan akan dianjurkan bersempena pembukaan Kedai Emas Sri Semantan cawangan keenam di Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam, dengan pelbagai pengisian seni dan kebudayaan tradisional untuk masyarakat setempat.

Presiden MySinar, Mohd Fadzil Fairus Guriaman berkata, program berkenaan akan berlangsung pada Sabtu, 17 Januari bermula jam 8.30 malam bertempat di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Menurutnya, kemasukan ke program itu adalah percuma, namun pengunjung perlu mendaftar bagi melayakkan diri menerima nombor cabutan bertuah, dengan hadiah berupa barangan kemas disediakan kepada pemenang bertuah.

“Malam Budaya Emas Sri Semantan bukan sahaja dianjurkan sempena pembukaan cawangan baharu Kedai Emas Sri Semantan, malah bertujuan menghimpunkan masyarakat setempat melalui platform seni, budaya dan hiburan tradisional,” ujarnya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Program berlangsung pada Sabtu bermula jam 8.30 malam bertempat di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.
Program berlangsung pada Sabtu bermula jam 8.30 malam bertempat di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam.

Beliau berkata, majlis itu turut akan dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Emas Sri Semantan Sdn Bhd, Mohamad Hafizal Mahmood, serta Ahli Lembaga Pengarah (ALP), Shaaini Md Jumaat.

Program berkenaan menampilkan pelbagai artis dan penggiat seni antaranya Halim Yazid, Makyi Tupai, Issey Fazlisham, Ropi HM, Asyiq Ilahi, Fadhil Turbo, Amran DBA, Adha Bintang 7, Six, Along PM dan Mey Ello.

Selain itu, acara kemuncak program ialah persembahan Kumpulan Dikir Suara Perantau Kajang yang akan berentap dengan Kumpulan Dikir Exclusive Shah Alam, sekali gus menambah kemeriahan malam kebudayaan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mohd Fadzil berkata, pembukaan rasmi Kedai Emas Sri Semantan cawangan keenam itu dijadualkan berlangsung pada 25 Januari ini, sekali gus menandakan satu lagi langkah pengembangan syarikat berkenaan di Selangor.

Program Malam Budaya Emas Sri Semantan turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk MySinar, Karangkraf dan Sinar Harian, selari dengan usaha memartabatkan seni budaya tempatan di samping mengeratkan hubungan bersama komuniti.

Ringkasan AI

  • Program Malam Budaya Emas Sri Semantan dianjurkan sempena pembukaan Kedai Emas Sri Semantan cawangan keenam di Shah Alam
  • Berlangsung pada Sabtu, 17 Januari jam 8.30 malam di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam
  • Kemasukan adalah percuma dengan pendaftaran untuk cabutan bertuah
  • Menampilkan artis dan penggiat seni tempatan serta persembahan Kumpulan Dikir
  • Diadakan dengan sokongan MySinar, Karangkraf dan Sinar Harian untuk menghimpunkan masyarakat melalui seni dan budaya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!