Pekerja kilang mengaku tidak bersalah sembunyi wang RM190,000 milik pesara

Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang RM190,000 milik pesara. Gambar hiasan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang RM190,000 milik pesara. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kilang pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang berjumlah RM190,000 milik seorang pesara ke dalam akaun bank miliknya, tahun lepas.

Koay Boon Huat, 30, didakwa menyembunyikan wang milik lelaki berusia 81 tahun itu yang dimasukkan ke dalam akaun bank tertuduh dan kejadian itu tidak akan berlaku jika dia tidak membenarkan akaunnya digunakan oleh pihak lain bagi tujuan penipuan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Sri Hartamas, Brickfields di sini dari 5 hingga 17 September 2025 mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulhilmi Latif menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin manakala Koay, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jumlah itu dikurangkan.

Hakim Azrul Darus membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari ini untuk sebutan kes. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

 

 

Ringkasan AI

  • Koay Boon Huat, pekerja kilang, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyembunyikan wang RM190,000 milik pesara
  • Kesalahan penyembunyian wang dilakukan dari 5 hingga 17 September 2025 di Sri Hartamas, Brickfields
  • Tuduhan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang boleh membawa ke penjara lima tahun atau denda
  • Jaminan RM20,000 dikenakan tetapi Koay merayu dan ditetapkan RM12,000 dengan seorang penjamin
  • Sebutan kes akan berlangsung pada 25 Februari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!