Pensyarah rugi RM493,600 terperdaya skim pelaburan tidak wujud

Seorang pensyarah kerugian RM493,600 selepas terpedaya dengan skim pelaburan palsu dalam talian. Gambar hiasan
Seorang pensyarah kerugian RM493,600 selepas terpedaya dengan skim pelaburan palsu dalam talian. Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Seorang pensyarah kerugian RM493,600 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian, pada September tahun lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pada 16 September 2025, wanita berusia 39 tahun itu menerima satu panggilan telefon daripada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai ejen pelaburan saham daripada sebuah syarikat.

"Mangsa kemudian dimasukkan ke dalam satu kumpulan aplikasi WhatsApp dikenali sebagai ‘C-129 WLIS AW Fans Group’ dan diarahkan memuat turun satu aplikasi pelaburan menerusi pautan yang diberikan bagi tujuan membuat pelaburan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa telah melakukan sebanyak 22 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank berbeza, melibatkan jumlah keseluruhan RM493,600 menggunakan wang simpanan sendiri serta pinjaman daripada ahli keluarganya.

"Pada 14 Januari lepas, mangsa diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM144,676 sebagai cukai pengeluaran, namun mangsa enggan berbuat demikian kerana mengesyaki telah ditipu.

"Mangsa tidak membuat bayaran tambahan itu kerana berasa curiga sebelum menyedari telah ditipu dan tampil membuat laporan polis,” katanya.

Yahaya menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan nasihat awal daripada balai polis berhampiran sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Orang ramai juga diingatkan supaya menyemak nombor akaun yang diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang pensyarah kerugian RM493,600 selepas terpedaya dengan skim pelaburan fiktif dalam talian
  • Pada 16 September 2025, dia diperdaya oleh individu yang mendakwa sebagai ejen pelaburan saham
  • Mangsa dimasukkan ke dalam grup WhatsApp dan disuruh muat turun aplikasi pelaburan palsu
  • Melakukan 22 transaksi ke lima akaun bank berbeza, menggunakan simpanan sendiri dan pinjaman keluarga
  • Mangsa enggan membuat bayaran tambahan setelah curiga dan kemudian membuat laporan polis

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!