Dua pegawai, lima anggota polis terlibat penyalahgunaan dadah akan digantung kerja

Polis meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kes berkenaan dan memaklumkan tindakan sewajarnya telah diambil kepada mereka yang dipercayai terlibat. Foto hiasan
Polis meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kes berkenaan dan memaklumkan tindakan sewajarnya telah diambil kepada mereka yang dipercayai terlibat. Foto hiasan
A
A
A

KUANTAN - Dua pegawai dan lima anggota polis yang ditahan kerana disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Mentakab, Temerloh akan dikenakan tindakan gantung kerja sementara menunggu keputusan perundangan terhadap mereka.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu telah didakwa di mahkamah pada minggu lepas.

"Sedang dalam proses dikenakan tindakan gantung kerja sementara kes mahkamah terhadap semua mereka selesai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kes berkenaan dan memaklumkan tindakan sewajarnya telah diambil kepada mereka yang dipercayai terlibat.

Sebelum ini, media melaporkan dua polis berpangkat Inspektor dan lima anggota berpangkat Koperal serta Lans Koperal ditahan dalam satu serbuan pada jam 2.15 pagi, 3 Januari lepas.

Hasil saringan awal air kencing turut mendapati seorang pegawai dan lima anggota positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua pegawai dan lima anggota polis ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Mentakab, Temerloh
  • Kesemua mereka sudah didakwa di mahkamah pada minggu lepas
  • Mereka akan dikenakan tindakan gantung kerja sementara menunggu keputusan perundangan
  • Serbuan menyebabkan penahanan berlaku pada jam 2.15 pagi, 3 Januari lepas
  • Seorang pegawai dan lima anggota didapati positif dadah melalui saringan awal air kencing

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!