PM salur RM100,000 kepada ahli Parlimen pembangkang

Lampiran e-mel yang diterima Wong Chen. Gambar kanan: Wong Chen
Lampiran e-mel yang diterima Wong Chen. Gambar kanan: Wong Chen
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen pembangkang bakal menerima peruntukan khas (e-Khas) berjumlah RM100,000 yang diluluskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen dalam entrinya di Facebook berserta lampiran e-mel diterima daripada pejabat Perdana Menteri hari ini.

"Berita baik! Kami baru sahaja menerima pengesahan rasmi dari pejabat Perdana Menteri (jam 10 pagi) bahawa sejumlah RM100,000 telah disediakan kepada semua ahli Parlimen pembangkang, mungkin untuk menangani krisis Covid-19.

"Jumlah ini adalah untuk bertahan sepanjang tahun tetapi saya berhasrat untuk menghabiskan semua dalam tempoh krisis ini," katanya menerusi catatannya di laman sosialnya itu hari ini.

Mengulas lanjut, beliau juga telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawainya pada jam 12 tengah hari dalam menguruskan cara terbaik untuk mengedarkan bantuan tersebut.

"Selepas mesyuarat itu, saya akan melibatkan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan pemimpin masyarakat bagi mendapatkan maklum balas mereka mengenai perbelanjaan yang kami inginkan.

"Akhir sekali, kita juga harus mematuhi peraturan kerajaan mengenai apa dan bagaimana kita membelanjakannya. Oleh itu, pegawai dan saya akan melihat proses dan prosedurnya hari ini," katanya.

Artikel Berkaitan: