Melintas secara tiba-tiba, warga emas maut dilanggar polis

Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah motosikal yang ditunggang anggota polis
Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah motosikal yang ditunggang anggota polis
A
A
A

TAPAH - Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah motosikal yang ditunggang anggota polis dalam kejadian di hadapan Dewan Bukit Pagar, Jalan Bidor Lama di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 pagi itu, penunggang motosikal berusia 20-an terbabit dilaporkan sedang dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja di kawasan pekan Tapah sebelum kemalangan berlaku.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 80-an yang merupakan pejalan kaki telah melintas jalan secara tiba-tiba menyebabkan penunggang motosikal berkenaan tidak sempat mengelak.

Mangsa berusia lingkungan 80-an disahkan maut ditempat kejadian dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal di hadapan Dewan Bukit Pagar, Jalan Bidor Lama, Tapah pada Isnin.
Mangsa berusia lingkungan 80-an disahkan maut ditempat kejadian dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal di hadapan Dewan Bukit Pagar, Jalan Bidor Lama, Tapah pada Isnin.

"Akibat perlanggaran tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, anggota polis itu pula mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Tapah menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

 Anggota polis itu pula mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Tapah menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Anggota polis itu pula mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Tapah menggunakan ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Tapah di talian 05-401 1222 atau Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Faizan Ahmad @ Mohammed Razikin di talian 013-208 7919.

 

Ringkasan AI

  • Wanita warga emas maut dilanggar motosikal polis di Tapah
  • Kejadian berlaku di hadapan Dewan Bukit Pagar, Jalan Bidor Lama
  • Penunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja
  • Mangsa melintas jalan secara tiba-tiba, penunggang tidak sempat mengelak
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!