Tiga lelaki ditahan beri alasan melepak

Kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini.
Kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Alasan sekadar ingin melepak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan mengundang padah selepas tiga pemuda ditahan di Felda Ulu Jempol, Bandar Jengka semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam lima petang itu, tiga pemuda berusia 26, 21 dan 20 tahun itu sedang melepak di sebuah pondok belakang rumah kosong di Felda terbabit.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd Rahman berkata, ketiga-tiga suspek terbabit bagaimanapun melarikan diri sebaik anggota polis memperkenalkan diri.

"Anggota polis telah bertindak mengejar dan berjaya menangkap ketiga-tiga lelaki terbabit.

"Semasa ditahan, mereka telah memberikan alasan hanya suka-suka melepak di kawasan tersebut dan tiada alasan munasabah lain untuk berada di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, kesemua suspek ditahan mengikut (Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) 2020.

Sementara itu, ketiga-tiga suspek dihadapkan ke Mahkamah Temerloh hari ini dan direman selama tiga hari selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Ti Pei Si.

Artikel Berkaitan: