X

Kindly register in order to view this article
!

Larangan tapau makanan di tiga daerah mulai Selasa

Gambar hiasan
A
A

KUANTAN - Semua premis makanan di Jerantut, Pekan dan Raub tidak dibenarkan melakukan operasi penjualan secara bawa pulang atau 'takeaway' mulai Selasa ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, arahan itu juga meliputi restoran makanan segera di tiga daerah terbabit dan berkuat kuasa sehingga kerajaan Persekutuan menarik balik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Arahan ini dilaksanakan untuk memperketatkan operasi premis menjual makanan di daerah terlibat kerana jumlah Covid-19 di Jerantut dan Pekan adalah yang tertinggi di Pahang manakala situasi penularan yang membimbangkan dicatat di Raub.

“Sepanjang arahan ini berkuat kuasa, hanya perkhidmatan secara penghantaran sahaja dibenarkan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Sallehuddin berkata, sepanjang penguatkuasaan arahan itu, pihak berkuasa tempatan perlu mengambil tindakan yang tegas untuk memastikan ia dipatuhi.

PKP yang bermula pada 18 Mac lalu sepatutnya berakhir 31 Mac ini namun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan bahawa ia dilanjutkan sehingga 14 April. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus