Tiga beranak nyaris maut, kereta terbakar langgar tiang elektrik

Api marak membakar hampir 80 peratus daripada keseluruhan kereta. Foto JBPM Perak
Api marak membakar hampir 80 peratus daripada keseluruhan kereta. Foto JBPM Perak
A
A
A

IPOH - Tiga beranak termasuk seorang bayi nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbakar hampir 90 peratus selepas melanggar tiang elektrik di Persiaran Kledang Utara, Taman Gamelan, Menglembu di sini, awal pagi Selasa.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.57 pagi melibatkan kereta Proton Preve.

"Setibanya di tempat kejadian, api sedang marak membakar hampir 80 peratus daripada keseluruhan kereta.

"Ketua operasi dimaklumkan terdapat tiga mangsa, iaitu lelaki dan perempuan dewasa serta bayi mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, kesemua mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini oleh orang awam. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga beranak termasuk seorang bayi nyaris maut selepas kereta mereka terbakar selepas melanggar tiang elektrik
  • Kereta tersebut terbakar hampir 90 peratus di Persiaran Kledang Utara, Taman Gamelan, Menglembu
  • Panggilan kecemasan diterima oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak pada 3.57 pagi
  • Ketika bomba tiba, hampir 80 peratus daripada kereta sudah terbakar
  • Mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh orang awam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!