79 warga Malaysia terkandas di Songkhla dibenarkan pulang

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SONGKHLA - Seramai 79 warga Malaysia yang terkandas di selatan Thailand dibenarkan pulang ke tanah air hari ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata, Gabenor Wilayah Songkhla, Jaruwat Kliangklao membenarkan kumpulan rakyat Malaysia keluar dari Thailand selepas melancong dan melawat ahli keluarga di selatan negara itu.

“Mereka dibenarkan keluar melalui pintu sempadan Sadao - Bukit Kayu Hitam bermula 3 petang (waktu tempatan) hari ini sehingga 9.30 malam esok,” katanya.

Bermula Isnin lalu, kerajaan Thailand menutup semua sembilan pintu sempadan dengan Malaysia sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak dalam usaha mengekang penularan koronavirus (Covid-19).

Negara itu turut menutup sempadannya dengan negara jiran iaitu Laos, Kemboja dan Myanmar

Sepanjang pelaksanaan penutupan sementara itu, semua warga Thailand dan warga asing tidak dibenarkan untuk keluar atau masuk ke negara itu.

Muhammad Ridzuan berkata, masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang terkandas di Narathiwat dan Yala.

“PIhak kami masih menunggu kebenaran dari gabenor di kedua-dua wilayah untuk memberi kebenaran untuk keluar dari negara itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan yang membantu membawa keluar rakyat Malaysia. - Bernama