Borrusia Dortmund masih letak kepercayaan kepada Jobe Bellingham

BORUSSIA Dortmund terus memberi sokongan kepada Jobe Bellingham walaupun pemain tengah itu melalui permulaan sukar sejak menyertai kelab berkenaan musim panas lalu.
Pemain berusia 20 tahun itu berpindah dari Sunderland dengan nilai sekitar £32 juta (RM192 juta), namun hanya meledak satu gol daripada 27 penampilan setakat ini dan baru lima kali diturunkan dalam kesebelasan utama Bundesliga.
Menurut laporan Bild, Dortmund memilih untuk tidak mendapatkan pemain tengah baharu pada jendela perpindahan Januari, satu keputusan yang mencerminkan keyakinan kelab terhadap potensi pemain antarabangsa England Bawah 21 tahun itu.
Jobe ialah adik kepada Jude Bellingham, bekas tonggak Dortmund yang menikmati tiga musim cemerlang sebelum menyertai Real Madrid.
Ketegangan tercetus awal musim apabila bapa Jobe, Mark Bellingham, dilaporkan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keputusan pertukaran pemain, sebelum pihak kelab mengingatkan kawasan pasukan hanya untuk pemain dan kakitangan.
Jobe menandatangani kontrak lima tahun bersama Dortmund selepas membantu Sunderland meraih promosi ke Liga Perdana Inggeris (EPL), dengan yuran perpindahan awal sekitar £27.8 juta (RM167 juta), sekali gus mencipta rekod baharu buat kelab itu.
Ringkasan AI
- BORUSSIA Dortmund terus memberi sokongan kepada Jobe Bellingham walaupun permulaan sukar sejak menyertai kelab
- Pindah dari Sunderland dengan nilai sekitar £32 juta, hanya meledak satu gol daripada 27 penampilan
- Dortmund memutuskan tidak mendapatkan pemain tengah baharu pada jendela perpindahan Januari, menunjukkan keyakinan kepada Bellingham
- Adalah adik kepada Jude Bellingham, bekas tonggak Dortmund sebelum ke Real Madrid
- Ketegangan dengan bapa Jobe, Mark Bellingham, tentang keputusan pertukaran pemain awal musim
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

