Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak

Tangkap layar seorang pejalan kaki yang meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak melalui Jalan Austin Heights 8/2, di Johor Bahru pada Khamis.
Tangkap layar seorang pejalan kaki yang meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak melalui Jalan Austin Heights 8/2, di Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menyiasat insiden melibatkan seorang pejalan kaki yang didapati meluru secara tiba-tiba ke arah sebuah kereta yang sedang bergerak melalui Jalan Austin Heights 8/2, di sini pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, insiden tersebut turut tular di satu platform media sosial dan pihaknya mengesan rakaman berkenaan pada jam 12.12 tengahari, Jumaat.

"Kejadian dipercayai berlaku pada Khamis jam 7.35 pagi melibatkan seorang pejalan kaki dengan seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun yang memandu kereta jenis Mercedes Benz.

"Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan yang bekerja di kedai buku dalam perjalanan dari Taman Cemerlang menuju ke Taman Mount Austin.

"Ketika melalui kawasan terbabit, secara tiba-tiba seorang lelaki warga tempatan berlari secara meluru ke arah kereta berkenaan. Pejalan kaki itu juga masih belum membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Raub, kes disiasat di bawah Kaedah-kaedah 41 LN166/59 iaitu kecuaian pejalan kaki melintas jalan.

Katanya, polis turut meminta saksi awam yang melihat kejadian tersebut untuk tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan bagi membantu siasatan.

"Mereka boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Norijan Sharkawi di talian 013-2623176," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis menyiasat insiden pejalan kaki meluru ke arah kereta di Jalan Austin Heights
  • Insiden tersebut tular di media sosial dan berlaku pada Khamis jam 7.35 pagi
  • Pemandu adalah wanita berusia 26 tahun memandu kereta jenis Mercedes Benz dalam perjalanan dari Taman Cemerlang ke Taman Mount Austin
  • Seorang lelaki warga tempatan berlari mendadak ke arah kereta tersebut
  • Kes disiasat di bawah kaedah kecuaian pejalan kaki melintas jalan, saksi diminta tampil membantu siasatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!