Urimai tak kisah Pas pegang Pengerusi PN - Ramasamy

P Ramasamy
P Ramasamy
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) bebas mencalonkan sesiapa sahaja untuk menjadi Pengerusi gabungan, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan berkuat kuasa 1 Januari lepas.

Pengerusi Parti Bersepakat Untuk Hak Rakyat Malaysia (Urimai), Profesor Dr P Ramasamy berkata, pihaknya selaku parti yang menyertai gabungan longgar blok pembangkang iaitu Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) tidak melihat pelantikan Pengerusi PN baharu sebagai satu masalah besar meskipun ramai mengatakan calonnya daripada Pas.

Beliau menyatakan pendirian teguh bahawa kerjasama dalam IPR tetap berjalan dan berfungsi seperti biasa di bawah satu payung pembangkang.

"Urimai tiada masalah kalau pengunduran Muhyiddin membuka laluan kepada pelantikan Pengerusi PN yang baharu. Lagipun Urimai bukannya penyokong atau berada dalam PN, kami cuma parti kerjasama dalam IPR yang sebelum ini dipengerusikan PN.

"Pas meletakkan calonnya untuk kerusi Pengerusi PN, pada saya terpulanglah. Urimai tiada hubungan dengan Pas cuma kami berfungsi dalam gabungan payung pembangkang yang luas iaitu IPR. Itu sahaja," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas dalam konteks keanggotaan IPR sekiranya Pas menerajui PN memandangkan parti itu didakwa sering mengeluarkan pandangan berbaur ekstremis sehingga mengguris hati golongan bukan Melayu Islam.

Pada Selasa, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN.

Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri itu menerusi satu hantaran di Facebook.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Perikatan Nasional (PN) bebas menentukan calon bagi Pengerusi baru, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin
  • Parti Urimai tidak memandang serius pelantikan Pengerusi PN baharu walaupun calonnya dari Pas
  • Kerjasama dalam IPR akan terus berjalan seperti biasa di bawah satu payung pembangkang
  • Urimai tidak mempunyai masalah dengan pengunduran Muhyiddin dan pembukaan laluan kepada pelantikan Pengerusi PN yang baru
  • Pas meletakkan calon untuk kerusi Pengerusi PN dan Urimai tiada hubungan dengan Pas, hanya berfungsi dalam IPR

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!