Pas sahkan calon Pengerusi PN minggu depan - Abdul Hadi
02 Januari 2026 | VIDEO
A
A
A
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) akan dilantik dalam kalangan pemimpin parti itu dan keputusan mengenainya akan diputuskan selewatnya minggu depan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Menurutnya, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan diputuskan menerusi mesyuarat bersama parti komponen gabungan itu termasuk kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #calonpengerusiPN #PengerusiPN #AbdulHadiAwang #Pas #PN
