Pahang kembali dilanda banjir, satu PPS dibuka di Raub

Anggota APM Raub membantu proses pemindahan mangsa banjir di PPS SK Ulu Atok, Raub.Foto APM Pahang
Anggota APM Raub membantu proses pemindahan mangsa banjir di PPS SK Ulu Atok, Raub.Foto APM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Pahang kembali dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Raub menyebabkan 68 mangsa daripada 15 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), pada Jumaat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub melaporkan, semua mangsa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok yang dibuka kira-kira jam 6 pagi.

Menurutnya, banjir gelombang ketiga yang berlaku itu ekoran limpahan air Sungai Ulu Atok susulan hujan lebat berterusan sejak Khamis.

"Sehingga jam 10.22 pagi bilangan mangsa dipindahkan kekal dan tiada penambahan," ujarnya.

Proses pendaftaran mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS SK Ulu Atok, Raub. Foto APM Pahang
Proses pendaftaran mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS SK Ulu Atok, Raub. Foto APM Pahang

Dalam kejadian banjir melanda Pahang Disember tahun lalu, seramai 18,303 mangsa daripada 6,061 keluarga dioindahkan ke 170 PPS di lama daerah terjejas terdiri Kuantan, Maran,Pekan, Bera,Lipis, Rompin dan Jeratut.

Sementara itu,Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri termasuk Pahang hingga jam 12 tengah pada Jumaat.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan, amaran cuaca buruk itu melibatkan Bentong di Pahang serta Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.

Amaran itu turut membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Jelebu, Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pahang dilanda banjir susulan hujan lebat berterusan di Raub menyebabkan 68 mangsa daripada 15 keluarga terpaksa dipindahkan
  • Banjir gelombang ketiga di Raub berlaku ekoran limpahan air Sungai Ulu Atok
  • Mangsa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Ulu Atok yang dibuka jam 6 pagi
  • Tiada penambahan mangsa banjir dilaporkan sehingga jam 10.22 pagi
  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk termasuk ribut petir dan hujan lebat di Pahang hingga jam 12 tengah hari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!