Beg misteri disangka ada bom, rupa-rupanya seluar dalam

Anggota pemusnah bom lengkap berpakaian bak angkasawan kemudiannya tiba di kawasan itu untuk memeriksa kandungan beg berkenaan. Foto Agensi
Anggota pemusnah bom lengkap berpakaian bak angkasawan kemudiannya tiba di kawasan itu untuk memeriksa kandungan beg berkenaan. Foto Agensi
A
A
A

SEMARANG - Sebuah beg misteri telah mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat setempat hingga unit khas terpaksa dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pasukan Gegana Brimob Polda Jawa Tengah bergegas ke pinggir laluan keluar tol Banyumanik Semarang, Jawa atau ADA Banyumanik, Kota Semarang, Indonesia selepas menerima laporan pada awal minggu lalu.

Laluan itu turut ditutup untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Anggota pemusnah bom lengkap berpakaian bak angkasawan kemudiannya tiba di kawasan itu untuk memeriksa kandungan beg berkenaan.

"Tiada bom seperti didakwa, hanya sejumlah pakaian termasuk seluar dalam dan barangan peribadi.

"Hasil pemeriksaan kami juga mendapati tiada objek berbahaya atau mencurigakan," kata Kepala Bidang Hubungan Masyarakat (Kabid Humas), Polda Jateng, Kombes Pol Artanto.

Difahamkan, beg itu masih berada dalam simpanan pihak berkuasa dan usaha menjejaki pemiliknya masih giat dilakukan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Beg misteri mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat di Semarang
  • Pasukan Gegana Brimob Polda Jawa Tengah dikerahkan ke lokasi kejadian
  • Laluan keluar tol Banyumanik ditutup untuk keselamatan
  • Anggota pemusnah bom melakukan pemeriksaan dan mendapati hanya terdapat pakaian dan barangan peribadi
  • Pihak berkuasa masih menjalankan usaha untuk menjejaki pemilik beg tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!