Dua remaja maut terkena mercun buatan sendiri

Pihak polis menyatakan punca insiden maut itu adalah disebabkan pengendalian bahan piroteknik yang tidak betul. - Agensi
Pihak polis menyatakan punca insiden maut itu adalah disebabkan pengendalian bahan piroteknik yang tidak betul. - Agensi
A
A
A

BERLIN - Dua pemuda berusia 18 tahun maut selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian muka dalam kemalangan melibatkan mercun buatan sendiri di Bandar Bielefeld, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik pihak polis.

Kemalangan itu berlaku di lokasi berbeza di Bielefeld, dalam negeri Rhine Utara-Westphalia di barat Jerman pada malam ambang Tahun Baharu, menurut kenyataan polis pada awal pagi Khamis.

Pihak polis menyatakan punca insiden maut itu adalah disebabkan pengendalian bahan piroteknik yang tidak betul.

Berdasarkan siasatan setakat ini, tiada bukti menunjukkan wujudnya kecuaian pihak ketiga dalam kedua-dua kes berkenaan, menurut polis. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua pemuda berusia 18 tahun maut akibat kecederaan parah pada muka dari mercun buatan sendiri di Bielefeld, Jerman
  • Kemalangan berlaku di lokasi berbeza pada malam ambang Tahun Baharu
  • Punca insiden adalah pengendalian bahan piroteknik yang tidak betul
  • Tiada bukti kecuaian pihak ketiga menurut polis
  • Insiden dikaitkan dengan sambutan ambang Tahun Baharu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!