Pembantu kedai makan maut dilanggar pemandu kereta positif ganja

KUALA PILAH - Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung kereta dipandu lelaki positif ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah di sini pada Selasa.
Dalam kejadian sekitar jam 11.10 malam itu, mangsa berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kemalangan membabitkan sebuah Perodua Viva dan motosikal Honda ditunggang mangsa.
"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika kereta terbabit dari arah Seremban menghala Felda Keratong.
"Namun apabila sampai di tempat kejadian, kereta itu hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dipandu mangsa," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa maut di lokasi manakala pemandu kenderaan terbabit berusia 23 tahun cedera ringan.
Tambahnya, ujian saringan awal air kencing ke atas pemandu kereta tersebut mendapati positif dadah jenis ganja.
"Pemandu berkenaan telah ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
Ringkasan AI
- Seorang penunggang motosikal maut bertembung dengan kereta di Kilometer 23, Jalan Seremban-Kuala Pilah
- Mangsa berusia 28 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah
- Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Viva dan motosikal Honda
- Kereta yang terbabit dalam kemalangan menghilang kawalan dan melanggar motosikal
- Pemandu kereta berumur 23 tahun positif ganja dan telah ditahan untuk siasatan lanjut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

