Pemandu langgar lampu isyarat merah rempuh penunggang motosikal

Tangkap layar dari video tular menunjukkan sebuah kereta melanggar lampu isyarat merah.
Tangkap layar dari video tular menunjukkan sebuah kereta melanggar lampu isyarat merah.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pemandu ditahan kerana didapati merempuh motosikal ketika lampu isyarat merah, dalam kejadian di Masjid Aman di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Bezza itu dilihat terus meluru ke hadapan biarpun telah melanggar sebuah motosikal yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Bagaimanapun, video rakaman kejadian yang telah dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok menggunakan nama ‘Din Teknik’, tular.

"Kita mengesan satu rakaman video tular di aplikasi TikTok berdurasi kira-kira 24 saat yang memaparkan kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan motosikal di persimpangan lampu isyarat Masjid Aman, di sini.

Seorang pemandu ditahan kerana didapati merempuh motosikal ketika lampu isyarat merah, dalam kejadian di Masjid Aman di sini pada Isnin.
Seorang pemandu ditahan kerana didapati merempuh motosikal ketika lampu isyarat merah, dalam kejadian di Masjid Aman di sini pada Isnin.

"Siasatan awal mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza dan sebuah motosikal Yamaha Y15ZA," katanya.

Menurut Syed Basri, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Bezza dipercayai gagal berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah sebelum melanggar motosikal yang berada di hadapannya.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku pada 29 Disember 2025 kira-kira jam 2.38 petang.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, susulan itu, pemandu Perodua Bezza berkenaan yang merupakan seorang lelaki tempatan telah berjaya ditahan pada Rabu kira-kira jam 6.45 petang bagi membantu siasatan.

Kes disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM15,000.

Menerusi video tular, penunggang dan pembonceng motosikal dilihat terjatuh dan cuba menyelamatkan diri sebaik sahaja dilanggar sebuah kereta.

Pemandu kereta tersebut dilihat tidak berhenti malah terus meninggalkan lokasi kejadian.

Ringkasan AI

  • Seorang pemandu ditahan kerana merempuh motosikal di Masjid Aman Alor Setar
  • Kenderaan yang terlibat ialah Perodua Bezza dan motosikal Yamaha Y15ZA
  • Kejadian berlaku ketika lampu isyarat merah
  • Rakaman video kejadian tular di TikTok
  • Kes disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara dan denda

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!