Bomba giat kesan lelaki dikhuatiri terjatuh dari Jambatan Link Kedua

ISKANDAR PUTERI – Pasukan bomba giat menjalankan operasi bagi mengesan seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh dari Kilometer (KM) 1.3 Jambatan Link Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) menghala ke Singapura, pada Ahad.
Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan I, Hairulnizam Mohd Noh dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.35 malam.
Menurutnya, sebaik menerima maklumat, satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) bersama tujuh anggota dari BBP Iskandar Puteri dan BBP Skudai digerakkan ke lokasi kejadian sejauh 13 kilometer.
“Setibanya anggota bomba di lokasi kejadian pada jam 8.49 malam, didapati seorang lelaki berusia 32 tahun dipercayai telah terjatuh dari jambatan CIQ yang menghubungkan Johor ke Singapura.
“Anggota bomba kemudiannya menjalankan pencarian permukaan (surface searching) di sekitar kawasan mangsa dipercayai terjatuh,” katanya.
Setakat ini, operasi pencarian masih diteruskan di lokasi.
Ringkasan AI
- Pihak bomba menjalankan operasi mencari lelaki yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Link Kedua Malaysia ke Singapura
- Panggilan kecemasan diterima pada jam 8.35 malam
- Tujuh anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian sejauh 13 kilometer
- Lelaki yang dipercayai terjatuh berusia 32 tahun
- Operasi pencarian masih diteruskan di lokasi kejadian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
