Kompleks Mahkamah Johor Baharu siap 85 peratus

Bangunan Kompleks Mahkamah Johor Baharu dalam proses pembinaan dan kini siap 85 peratus.
Bangunan Kompleks Mahkamah Johor Baharu dalam proses pembinaan dan kini siap 85 peratus.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerja-kerja pembinan Kompleks Mahkamah Johor Baharu yang baharu di bandar raya ini kini sudah siap 85 peratus dan dijadual siap menjelang akhir suku pertama 2026.

Menurut Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, bangunan yang terletak bersebelahan Masjid Kota Iskandar telah dimulakan pembinaannya pada 8 Februari 2023 dengan kos RM195.4 juta dan berkeluasan 6.8 hektar.

"Kompleks Mahkamah ini terdiri daripada tiga komponen penting yang memiliki bilangan tingkat yang berbeza iaitu dewan serbaguna (setingkat), blok A kompleks mahkamah (lima tingkat) dan blok B kompleks mahkamah (tiga tingkat).

"Keseluruhan kompleks ini dilengkapi dengan 24 unit bilik bicara, pejabat pentadbiran, surau, tadika serta kafeteria.

"Selain itu, kompleks mahkamah ini juga turut dilengkapi sebanyak 389 lot tempat meletak kereta dan 171 lot tempat meletak motosikal," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada 7 Januari 2023 lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata, pembinaan mahkamah tersebut akan diteruskan setelah tertangguh sejak lima tahun lalu.

Sementara itu, Mohamad Fazli, ketika ini pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang memantau rapat kerja-kerja di tapak yang sedang dilaksanakan oleh pihak kontraktor.

"Kita pemantauan tersebut dibuat agar dapat pembinaan mahkamah dapat disiapkan mengikut jadual," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kerja-kerja pembinaan Kompleks Mahkamah Johor Baharu sudah siap 85 peratus dan dijadual siap menjelang akhir suku pertama 2026
  • Pembinaan dimulakan pada 8 Februari 2023 dengan kos RM195.4 juta dan berkeluasan 6.8 hektar
  • Kompleks ini terdiri daripada tiga komponen dengan bilangan tingkat yang berbeza dan dilengkapi dengan 24 unit bilik bicara serta fasilitas lain
  • Pembinaan mahkamah diteruskan setelah tertangguh selama lima tahun
  • JKR sedang memantau rapat kerja-kerja pembinaan untuk memastikan ia siap mengikut jadual

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!