Kes 1MDB: Najib tiba di Mahkamah Putrajaya

Najib tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya pada pagi Jumaat. Foto: Bernama
Najib tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya pada pagi Jumaat. Foto: Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA – Kenderaan membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya di sini pada pagi Jumaat.

Najib dilihat menaiki kenderaan jenis Proton X70 berwarna kelabu yang diiringi beberapa kenderaan lain, dan memasuki kompleks tersebut sekitar jam 8.25 pagi.

Terdahulu, anak sulung beliau, Datuk Mohamad Nizar, turut dilihat hadir di lokasi yang sama kira-kira jam 8.20 pagi.

Hari ini, Najib bakal mendengar keputusan kes jenayah terakhir yang masih di peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Istana Kehakiman, Putrajaya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Persekutuan), yang bersidang di Istana Kehakiman, dijangka membacakan keputusan tersebut sekitar jam 9 pagi.

Berbeza dengan kes SRC International yang menyaksikan bekas Perdana Menteri itu disabitkan kesalahan dan kini menjalani hukuman penjara, kes membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion ini mempunyai implikasi yang jauh lebih besar dari sudut undang-undang, politik dan persepsi awam, memandangkan skala dana serta jumlah pertuduhan yang dihadapi.

Dalam konteks perundangan, tumpuan utama adalah sama ada barisan pembelaan Najib, yang diketuai oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, mampu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kenderaan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Putrajaya
  • Najib dibawa menaiki Proton X70 berwarna kelabu
  • Anak sulung Najib, Datuk Mohamad Nizar hadir sebelum bermula perbicaraan
  • Najib bakal mendengar keputusan kes jenayah terakhirnya di Mahkamah Tinggi, Putrajaya
  • Kes 1MDB berjumlah RM2.3 bilion mempunyai implikasi besar dari sudut undang-undang, politik dan persepsi awam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!