Bangkai jet bawa Ketua Turus Tentera Libya ditemukan berhampiran Ankara

Bangkai sebuah jet peribadi dalam penerbangan ke Tripoli yang membawa lima penumpang, termasuk Ketua Turus Am Angkatan Tentera Libya, Jeneral Mohamed Ali Ahmed Al-Haddad ditemukan di selatan ibu negara Turkiye. Foto AFP
Bangkai sebuah jet peribadi dalam penerbangan ke Tripoli yang membawa lima penumpang, termasuk Ketua Turus Am Angkatan Tentera Libya, Jeneral Mohamed Ali Ahmed Al-Haddad ditemukan di selatan ibu negara Turkiye. Foto AFP
A
A
A

ANKARA/ISTANBUL - Bangkai sebuah jet peribadi dalam penerbangan ke Tripoli yang membawa lima penumpang, termasuk Ketua Turus Am Angkatan Tentera Libya, Jeneral Mohamed Ali Ahmed Al-Haddad ditemukan di selatan ibu negara Turkiye selepas terputus hubungan sejurus berlepas dari Ankara, kata Menteri Dalam Negeri Ali Yerlikaya pada Selasa.

Yerlikaya berkata, bangkai jet perniagaan jenis Falcon 50 yang berlepas dari Lapangan Terbang Esenboga, Ankara menuju ke Tripoli itu ditemukan oleh pasukan gendarmerie kira-kira dua kilometer di selatan Kampung Kesikkavak di daerah Haymana.

Menurut Anadolu Ajansi, Menteri Kehakiman Turkiye Yilmaz Tunc berkata, pihak pendakwa raya telah melancarkan siasatan berhubung nahas itu.

Sebelum ini, Yerlikaya memaklumkan bahawa hubungan dengan jet berkenaan, yang nombor pendaftarannya 9H-DFJ, terputus pada kira-kira 8.52 malam waktu tempatan (1752 GMT), sejurus selepas ia berlepas pada jam 8.10 malam (1710 GMT).

Beliau berkata, pesawat itu sempat menghantar pemberitahuan pendaratan kecemasan berhampiran Haymana, namun tiada komunikasi lanjut dapat diwujudkan selepas itu.

Pihak berkuasa akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa, tambah Yerlikaya. - Bernama/Anadolu

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jet peribadi dalam penerbangan ke Tripoli yang membawa Ketua Turus Am Angkatan Tentera Libya ditemukan di selatan ibu negara Turkiye
  • Bangkai jet itu ditemukan kira-kira dua kilometer di selatan Kampung Kesikkavak
  • Penemuan oleh pasukan gendarmerie selepas terputus hubungan sejurus berlepas dari Ankara
  • Pendakwa raya telah melancarkan siasatan berhubung nahas tersebut
  • Jet sempat menghantar pemberitahuan pendaratan kecemasan sebelum terputus hubungan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!