Suami mabuk pukul isteri guna penyapu hingga maut

A
A
A

PHUKET – Seorang wanita berusia 51 tahun maut selepas didakwa dipukul suaminya menggunakan penyapu ketika berlaku pertengkaran dalam keadaan mabuk di sebuah rumah sewa di daerah Rasada, Phuket, Thailand lapor Thairath.

Menurut laporan itu, pada malam kejadian 16 Disember, mangsa dan suaminya, 54 tahun minum arak bersama sebelum pertengkaran tercetus.

Dalam keadaan marah, suami mangsa mengambil penyapu dan memukul isterinya sehingga wanita itu tidak sedarkan diri.

Keesokan paginya, suspek mendapati isterinya terbaring dengan lebam di badan.

Dia kemudian menghubungi talian kecemasan untuk membawa isterinya ke Hospital Mission Phuket sebelum pergi bekerja seperti biasa.

Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Polis yang menerima laporan daripada pihak hospital kemudian pergi ke rumah sewa pasangan itu dan menemui suami mangsa dalam keadaan mabuk.

Pemeriksaan di lokasi kejadian menemukan sebatang penyapu patah yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa dan ia dirampas sebagai bahan bukti.

Suspek mengaku memukul isterinya tetapi mendakwa tidak mengetahui mangsa meninggal dunia sehingga dimaklumkan oleh polis.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut di bawah kesalahan menyebabkan kecederaan parah hingga membawa kepada kematian.

Ringkasan AI

  • Wanita berusia 51 tahun maut dipukul suami dengan penyapu di Phuket kerana pertengkaran mabuk
  • Mangsa dan suami minum bersama sebelum berlaku pertengkaran pada malam 16 Disember
  • Suami menggunakan penyapu memukul isteri hingga terbaring tidak sedar
  • Esoknya, suami dapati isteri berlebam dan hubungi talian kecemasan, isteri meninggal di hospital
  • Polisi tahan suami untuk siasatan, penyapu patah sebagai bukti, suspek mengaku memukul tetapi tidak tahu isteri meninggal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!