SPRM minta Chegubard tampil kemuka aduan rasmi, bukti

Azam Baki (kanan).
Azam Baki (kanan).
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta meminta aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard untuk tampil mengemukakan aduan rasmi beserta bukti sokongan berkenaan dakwaan isu pengubahan wang haram seorang pegawai kanan tentera agar siasatan dapat dilaksanakan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung dakwaan terbabit.

“SPRM akan menyiasat sebarang dakwaan rasuah atau penyalahgunaan kuasa sekiranya disokong oleh maklumat dan bukti yang sahih.

"Setakat ini, SPRM masih belum menerima sebarang aduan rasmi atau bukti dokumentasi berkaitan perkara tersebut,” kata ketika dihubungi pada Isnin.

Tambahnya, semua siasatan SPRM dijalankan secara bebas dan profesional serta berasaskan fakta dan bukti semata-mata.

"SPRM menggesa aktivis berkenaan atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan, supaya membuat aduan rasmi beserta bukti sokongan agar perkara itu dapat dinilai dan diambil tindakan selaras dengan undang-undang," ujarnya.

Sebelum itu, media melaporkan Badrul Hisham membuat laporan polis berhubung kes terbabit di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada Isnin.

Badrul Hisham mendakwa beliau mempunyai dokumen maklumat bertaraf rahsia berkaitan perolehan, tender dan rundingan dalaman selain maklumat kemasukan sejumlah wang yang besar di akaun peribadi pegawai kanan itu.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • SPRM meminta Chegubard untuk tampil mengemukakan aduan rasmi mengenai dakwaan pengubahan wang haram seorang pegawai kanan tentera
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan pihaknya mengambil maklum laporan media tentang dakwaan tersebut
  • SPRM menyatakan akan menyiasat sebarang dakwaan rasuah atau penyalahgunaan kuasa jika disokong oleh maklumat dan bukti yang sahih
  • Sehingga ketika itu, SPRM belum menerima sebarang aduan rasmi atau bukti dokumentasi berkaitan
  • Badrul Hisham mendakwa memiliki dokumen maklumat rahsia yang berkaitan dengan pengubahan wang haram tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!