16 maut bas terbalik di Indonesia

JAKARTA - Seramai 16 orang terbunuh dalam kejadian bas terbalik di susur keluar jalan bertol di wilayah Jawa Tengah, Indonesia pada awal Isnin, menurut polis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Bas itu dalam perjalanan semalaman dari pinggir Jakarta ke Yogyakarta sebelum hilang kawalan dan terbalik di lebuh raya di bandar Semarang, kata Ketua Polis Wilayah Ribut Hari Wibowo.
Ribut berkata pemandu bas terselamat dan sedang disoal siasat sebagai sebahagian daripada siasatan berterusan bagi mengenal pasti punca kemalangan.
Sekurang-kurangnya 18 penumpang sedang menerima rawatan akibat kecederaan di hospital berhampiran. - Bernama
Ringkasan AI
- Seramai 16 orang terbunuh dalam kejadian bas terbalik di Jawa Tengah, Indonesia
- Bas itu dalam perjalanan dari pinggir Jakarta ke Yogyakarta sebelum terbalik
- Kejadian itu berlaku di lebuh raya di bandar Semarang
- Pemandu bas terselamat dan sedang disoal siasat
- Sekurang-kurangnya 18 penumpang sedang menerima rawatan di hospital
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
